Thursday, 20 August 2015

Pemilihan Pakaian Mengikut Bentuk Badan

Bentuk tubuh 'Pear/ Segitiga'



1.  Memakai 'shoulder pad' pada blouse dan baju kurung - untuk membantu menambah kelebaran pada bahu supaya seimbang dengan bahagian bawah.

2. Jika memakai blazer bersama maxi /skirt, pilihlah yg berpotongan sehingga paras pinggang. Ini untuk mengurangkan bahagian bawah kelihatan lebih besar.

3. Top/ blouse/tudung boleh di pilih dari warna terang dan bercorak besar supaya menambah volume pada bahagian atas.

4. Tudung dari kain jersey atau kain yang berat sesuai dipakai. Tudung beropol juga sesuai.

5. Brooch besar pada bahu juga sesuai , tali pinggang bersaiz kecil juga sesuai pada maxi.

6. Manakala bahagian bawah pula gunakan skirt/ seluar/jeans dengan warna-warna gelap.Elakkan warna terang sebab ia boleh menambah impak makin besar pada bahagian  pinggul, so warna2 yg sesuai adalah seperti biru gelap, coklat gelap dan hitam.


7. Seluar pula pilih dari jenis boot cut - atau jenis yg lebar di bahagian bawah. ini untuk ilusi keseimbangan pada bentuk tubuh antara bahagian pinggul dan kaki supaya kelihatan kurang lebar di pinggul.



8. Skirt berbentuk A-line juga sesuai bg bentuk badan pear  ini untuk pinggang dan pinggul kelihatan lebih kecil.

Bentuk tubuh 'Apple/ Segitiga terbalik'


1.  Penggunaan shoulder pad akan menambah impak besar pd bahagian bahu. Jadi  gunakan yg nipis atau tak perlu gunakan. Blouse dari warna2  gelap dan plain. Jika bercorak, pilihlah dari corak2 kecil dgn jenis kain yg lembut .

2. Tudung dari kain chiffon, bawal atau kain yg lembut sesuai di gunakan kerana kainnya berjenis lembut dan beralun, jadi tidak kelihatan berat di bahagian atas. Pinkan tudung pd bahu supaya lebih kemas dan membawa perhatian pada bahagian bahu . Tudung yang bermanik/berbunga pada bahagian atas kepala juga sesuai kerana ia akan menarik tumpuan ke bahagian muka bukan ke bahagian badan.



3. Elakkan memakai tudung yg beropol di sekelilingnya kerana ia akan menarik perhatian pada bahagian atas badan dan menyebabkan kelihatan lebih besar di bahagian atas.

3. Elakkan tudung yg terlalu penuh coraknya di bahagian dada, ini akan membawa perhatian pada bahagian dada menyebabkan kita akan kelihatan lebih besar.

4. Pakailah seluar/ jeans jenis boot cut atau straight cut. Ini untuk menyeimbangkan bahagian atas.

5. Skirt A line juga sesuai, kerana skirt jenis ini melebar pada bahagian bawah. ini memberi kesan seimbang.
6. Warna2 terang dan bercorak juga sesuai untuk skirt dan seluar
7.Jika memakai blazer atau cardigans, elakkan dari membutangnya. Pakai blouse bercorak di bahagian dalam caridgans, dan boleh juga mengenakan cardigans yg berwarna terang.

Bentuk tubuh 'Kertas/ Segiempat'


1. Pilih tudung yg beropol atau yg mempunyai juntaian manik dan sebagainya. Tudung bercorak juga sesuai. Ini bagi mewujudkan ilusi bahu yang lebar.

2. Aksessori seperti rantai panjang amat sesuai untuk memberi ilusi volume .

3. Elakkan bunga terlalu besar pada pakaian, ia akan menyebabkan anda kelihatan tenggelam.

4. Pilihan baju tidak menjadi masalah bagi pemilik bentuk tubuh ini, warna terang,  bercorak , berjalur , peplum dan sebagainya adalah sesuai.

5.Bagi pemilihan seluar dan skirt pula, jenis boot cut dan skirt kembang adalah paling sesuai. Ini dapat mewujudkan impak bahagian pinggang . Tidak lah nampak badan terlalu lurus kebawah.

Bentuk tubuh 'Hourglass/ Jam Pasir'


1. Kebanyakan blouse adalah bersesuaian dengan bentuk hourglass ni. Jadi tidak lah susah sangat nak cari pakaian.



2. Skirt bentuk pencil ( potongan lurus dari atas ke bawah) paling sesuai di pakai, memberi impak lebih tinggi pada pemakai.



3. Seluar pula dari jenis straight cut  atau boot cut. Kedua- duanya si pamakai kelihatan lebih anggun.

No comments:

Post a Comment