Sunday, 6 September 2015

Tips Berpakaian dan Behijab dengan Fashionable

Fesyen itu luas tetapi bagi wanita berhijab ianya masih perlu ada batas. Walau bagaimanapun, ianya tidak bermasksud wanita berhijab tidak boleh kelihatan “fashionable”. Fesyen itu bukan hanya milik mereka yang bertubuh ideal atau yang berkulit putih mulus. Fesyen itu milik siapa saja yang ingin tampil bergaya tanpa terkecuali. Milik siapa saja yang selalu ingin tampil serasi, seimbang dan sedap dipandang mata. Satu lagi yang paling penting, fesyen itu seharusnya sederhana. So Ladies jangan pernah takut, malu atau terhad untuk berekspresi dan bergaya dalam berpakaian dengan apapun kekurangan anda. Gemuk, bertubuh pendek atau berkulit gelap sama saja, yang penting anda tahu bagaimana cara mengayakannya. Yang penting kesederhanaan.

1.    Hindari Terlalu Banyak Aksesori Di Bahagian Dada
Perhatikan hijab yang bersimpang pada bahagian dada. Hindari terlalu banyak aksesori atau motif yang tertumpu pada bahagian tersebut. Buat kesan yang ‘clean’ di bahagian dada. Hindari aksesori seperti terlalu banyak lengkung-lengkung draperi agar dada tidak menghasilkan kesan ‘penuh’.

2.    Perhatikan Pemilihan Material Hijab
Sebaiknya, pilih hijab dari bahan yang cukup tipis, lembut dan memiliki sifat ‘jatuh’ seperti chiffon, paris, polyspun dan rayon. Jangan memilih hijab berbahan kaku kerana akan membuat bahagian dada anda tampak semakin gemuk.

3.    Hindari Motif Yang Berukuran Besar
Sewaktu memilih motif pada pakaian atau hijab, hindari motif yang berukuran besar. Sekali lagi hal tersebut akan membuat tubuh dan dada anda kelihatan semakin besar. Selain itu, hindari model pakaian yang memiliki detail pada bahagian pinggang dan pinggul. Sebaiknya, pilih tunic dengan kelabuhan setengah paha agar dapat menutupi bahagian belakang anda dengan sempurna.

4.    Jauhi Legging
Jika anda bertubuh besar, jangan pernah merasa mengenakan legging adalah pilihan terbaik, sebaliknya hindari penggunaan legging, jegging atau skinny sebagai seluar utama. Pilihlah yang berbetuk siluet A-line.

5.    Selektif Dalam Memilih Bawahan
Pilih bawahan seperti seluar panjang berpotongan lurus seperti Pallazo atau Bell-bottom. Untuk pemilihan material, disarankan untuk memilih material yang menyerap peluh dan stretch agar anda boleh bebas bergerak.
Cantik itu memang milik siapa sahaja. Jangan pernah merasa diri anda tidak menarik hanya kerana ukuran tubuh yang besar, jika anda sudah tahu cara mengayakannya, anda akan tampak semakin menarik dan fashionable. Di samping itu, cantik dan fashionable tidak akan berarti tanpa disertai dengan hati yang cantik kan. Jadi, semangat ya Ladies, are your ready to be beautiful? Jom visit website www.zatuemerald.com untuk lebih bergaya!

No comments:

Post a Comment